Saturday, August 8, 2009

Contoh Esei

Soalan: “Iklan lebih banyak membawa keburukan berbanding kebaikan”.Bincangkan

Contoh Esei:

Iklan adalah proses untuk memperkenalkan sesuatu barangan atau perkhidmatan oleh sesbuah syarikat pengeluar kepada pengguna.Iklan adalah penting untuk melariskan sesuatu barangan atai perkhidmatan kepada pengguna.Ia boleh dilakukan dlam pelbagai medium seperti media cetak atau mahupun media elektronik.Walau bagaimanapun, ia memberi lebih banyak keburukan daripada kebaikan kepada pengguna.
Antara keburukan iklan ialah memberi maklumat yang tidak tepat.Sebahagian dari iklan yang dikeluarkan dalam media tidak sama seperti realiti yang sebenar.Produk yang diiklankan lebih banyak dipaparkan menggunakan teknologi komputer bagi mengetengahkan kecanggihan produk tersebut.Namun, pada hakikatnya ia hanya produk biasa yang digunakan oleh pengguna.Bagi Iklan perkhidmatan perhotelan pula,iklan bilik yang dipamerkan lebih kepada bilik semasa perasmian 3 hingga 4 tahun yang lebih.Ini membuktikan bahawa iklan banyak memberi maklumat yang tidak tepat kepada pengguna.
Keburukan lain iklan ialah memberi kesan negatif kepada golongan remaja.Ini berlaku apabila sebahagian daripada iklan tersebut memaparkan model yang seksi atau pakaian yang tidak sesuai dengan budaya timur.Ini akan menjadi ikutan kepada remaja yang menonton iklan ini.Contohnya pada iklan air minuman yang menggambarkan kesegaran badan.Ia membuktikan bahawa iklan ini secara tidak langsung akan mempengaruhi jiwa remaja yang ingin mencuba sesuatu yang baru.
Masa dan medium yang tidak sesuai digunakan untuk melakukan iklan juga merupakan keburukan sesebuah iklan yang dipaparkan.Ini adalah penting agar iklan ini sampai kepada pihak yang disasarkan.Contohnya iklan yang melibatkan sasaran orang dewasa perlu dipaparkan pada mereka di waktu yang sesuai di media elektronik.Ini penting agar tidak mempengaruhi golongan kanak-kanak yang tidak faham maksud sesuatu iklan.Oleh itu, pihak media yang memaparkan iklan perlu tepat pada masa dan medium yang sesuai.
Selain memberi keburukan, iklan juga mempunyai kebaikan seperti memperkenalkan sesuatu produk atau perkhidmatan yang baru.Ini penting untuk sesebuah syarikat pengeluar mendapat keuntungan dari barangan atau perkhidmatan mereka.Pengguna juga perlu tahu perubahan sesuatu barangan atau perkhidmatan yang dikeluarkan.Ia memberi peluang kepada pengguna untuk membuat pilihan yang bijak terutamanya barangan pengguna.Justeru itu, ia secara tidak langsung member kebaikan kepada pengeluar mahupun pengguna.
Kesimpulannya, iklan banyak membawa keburukan berbanding kebaikan kepada pengguna.Keburukan ini secara tidak langsung akan memberi kesan kepada pengguna yang menggunakan sesuatu barangan atau perkhidmatan yang diiklankan.Walau bagaimanapun, iklan juga tidak boleh dinafikan turut memberi kebaikan kepada pengeluar mahupun pengguna sesuatu barangan atau perkhidmatan.Oleh itu, pengguna perlu meneliti sesuatu iklan sebelum terpengaruh pada barangan atau perkhidmmatan yang diiklankan.

Pengarang:
Cikgu Raseri b Alan

No comments:

Post a Comment