Saturday, August 8, 2009

Contoh Skrip Juruacara

MAJLIS ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BAHASA MALAYSIA SARATOK
DI DEWAN SRI SEMERBAK 2005


PENGHEBAHAN PENGACARA



1. Ketibaan Yang Berhormat

Ketibaan
Yang Berhormat
Encik Abdul Wahab B. Aziz
Ahli Dewan Undangan Negeri, N 28, Kalaka serta rombongan


YB diiringi dan di persilakan ke tempat duduk utama.Tunggu keadaan reda daripada segala pergerakan jurugambar, tetamu sudah duduk di tempat masing-masing,barulah memulakan majlis atau tunggu isyarat daripada Pengerusi Pengelola / Pengurus Pentas.

2. Alu-aluan MC

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian.
Bismillahirahmannirrahim….Alhamdulillah…..

Marilah kita bersama-sama memanjatkan segala kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah dan kurnianya jugalah maka kita semua dapat berhimpun di sini pagi untuk meraikan Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang SMK Bahasa Malaysia Saratok bagi tahun 2005.

Yang Berhormat
Encik Abdul Wahab B. Aziz
Ahli Dewan Undangan Negeri, N. 33, Kalaka


Yang Berusaha
Encik Ellen @ Manium Ak Enggang
Pegawai Pelajaran Gabungan Betong


Yang Berusaha
Encik Daud B. Mohammed
Pegawai Pelajaran Daerah Kecil Saratok

Yang Berusaha
Tn Hj Rahim B. Ibas
Pengetua SMK (BM) Saratok.

Penolong-penolong kanan,
Ketua-ketua Jabatan Kerajaan Dan Agensi –agensi Kerajaan
Guru-guru
Ketua-ketua Masyarakat
Para Pelajar
Para Ibu bapa
Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati

Selamat datang ke Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang SMK Bahasa Malaysia Saratok bagi Tahun 2005.

3. Doa

Hadirin yang dihormati sekalian,
Majlis mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan dan diucapkan berbanyak-banyak terima kasih khususnya kepada tetamu kehormat kita pagi ini Yang Berhormat, kerana memilih untuk bersama-sama kita , meskipun banyak lagi acara rasmi yang lain dan memerlukan kehadiran dan perhatian Yang Berhormat

Hadirin yang dimuliakan,
Bersama-samalah kita menadah tangan memohon berkat Allah S.W.T bagi merestui perhimpunan kita pagi ini.Oleh itu, majlis dengan segala hormtnya mempersilakan Ustaz Azmat B. Ahmad untuk memimpin doa kita pagi ini. Dipersilakan.

DOA

Majlis merakamkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Ustaz Azmat B Ahmad.











4. Lagu

Hadirin Sekalian,
Majlis kita dimulakan dengan nyanyian lagu:

1. Negaraku,
2. Medley (patriotik)


Diminta semua hadirin berdiri sama untuk menyanyikan lagu berkenaan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua

LAGU MEDLEY
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada kumpulan koir SMK (BM) Saratok di bawah pimpinan Cikgu Abg Abd. Latif B. Abg Abd Rahman.


5. Ucapan Pengetua/PK1 Pengerusi

Seterusnya , majlis dengan segala hormatnnya mempersilakan Yang Berusaha Tn Hj Rahim B. Ibas, Pengetua SMK Bahasa Malaysia Saratok untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dengan hormatnya dipersilakan.

UCAPAN PENGETUA

Maljis mengucapkan terima kasih kepada Yang Berusaha Tn Hj Rahim B. Ibas, Pengetua SMK Bahasa Malaysia Saratok

6. Ucapan Perasmian oleh Tetamu Kehormat

Kini, majlis dengan segala hormat dan takzimnya mempersilakan Yang Berhormat Encik Abdul Wahad B. Aziz, Ahli Dewan Undangan Negeri, N. 28, Kalaka untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya melaksanakan upacara perasmian Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang SMK Bahasa Malaysia Saratok Bagi Tahun 2005. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

UCAPAN PERASMIAN

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat.Majlis dengan ini menjemput Yang Berusaha Tn Hj. Rahim B. Ibas, Pengetua SMK (BM) Saratok untuk mengiringi Yang Berhormat Menekan tetikus computer..Dipersilakan…


7. Penyampaian Sijil dan Hadiah/anugerah

Yang Berhormat, tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati,
Kecemerlangan memerlukan komitmen yang tinggi serta kerjasama yang erat antara semua pihak. Sebagai penghargaan atas segala usaha dan kejayaan dalam mencipta kecemerlangan tersebut, pelbagai anugerah telah diwujudkan.Maka beralih kita ke acara seterusnya iaitu penyampaian sijil dan anugerah.

Majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Berusaha Encik Ellen @Manium Ak Enggang,Pegawai Pelajaran Gabungan Betong untuk menyampaikan sijil dan hadiah.

7.1 Sijil Berhenti Sekolah Pelajar Tingkatan 6 Atas

Dimulakan dengan penyampaianSijil Berhenti Sekolah

LAMPIRAN

Dipersilakan.

7.2 Sijil Penghargaan Lembaga Pengawas Sekolah

LAMPIRAN


7.3 Sijil Penghargaan Ketua & Penolong Tingkatan


LAMPIRAN


7.4 Sijil Dan Hadiah Kokurikulum

LAMPIRAN

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Ellen @Manium Ak Enggang kerana sudi menyampaikan sijil-sijil sebentar tadi.

P E R T U K A R A N PE N Y A M P A I

Hadirin yang dihormatikan sekalian
Seterusnya majlis penyampaian sijil penghargaan Kokurikulum dan Kurikulum.Dengan ini, majllis dengan segala takzimnya menjemput Yang Berhormat Encik Abdul Wahab B. Aziz, ADUN N 28 Kalaka untuk menyampaikan sijil-sijil berkenaan.
Dipersilakan…

7.5 Sijil Dan Hadiah Kurikulum

LAMPIRAN

Dipersilakan

7.6 Anugerah Khas

7.6.1 Anugerah YB

LAMPIRAN

7.6.2 Anugerah Pengawas Cemerlang

LAMPIRAN


7.6.3 Anugerah Pelajar Harapan Akademik

LAMPIRAN

7.6.4 Anugerah Pelajar Harapan Kokurikulum

LAMPIRAN

7.6.5 Anugerah Pelajar Contoh

LAMPIRAN

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat atas kesudian menyampaikan sijil dan hadiah sebentar tadi.


9. Penyampaian Cenderahati

Hadirin sekalian,
Warga sekolah sungguh berbesar hati atas kesudian Yang Berhormat hadir merasmikan majlis kita pada hari ini.Tiada kata secantik bahasa, tiada gambar secantik lukisan untuk kami menyatakan kegembiraan kami.Namun kami ingin merakamkan rasa penghargaan kami, lewat sebuah cenderamata yang akan disampaikan oleh Yang Berusaha Tn. Hj. Rahim B. Ibas, Pengetua SMK Bahasa Malaysia Saratok.

PENYAMPAIAN CENDERAHATI

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tn. Pengetua

10. Persembahan Koir

Hadiri yang dihormati,

Sebagai halua telinga majlis kita dihiburkan dengan nyanyian lagu puisi yang akan di sampaikan oleh pelajar-pelajar SMK (BM) Saratok dengan lagu:

1. Di Iraq Kasihku Tertumpah

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada kumpulan lagu puisi sebentar tadi.

Majlis kita pada pagi ini diakhiri dengan persembahan koir daripada pelajar SMK Bahasa Malaysia Saratok yang akan menyampaikan lagu:

1. Memori
2. Selamat Hari Raya
3. Ibu Pertiwiku

KOIR


Kumpulan ini di bawah bimbingan En Abg Abdul Latif B. Abg Abd Rahman


Dengan itu, maka berakhirlah sudah Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang SMK Bahasa Malaysia Saratok bagi tahun 2005.

Majlis sekali lagi ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua yang telah bersama-sama menjayakan dan memeriahkan suasanan Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang pada tahun ini.

Kami sudahi dengan ucapan terima kasih dan jumpa lagi




Skrip oleh Raseri Alan smkbm 251005

No comments:

Post a Comment