Monday, August 3, 2009

Kecelakaan jalanraya

TAJUK:
ISU KECELAKAAN JALAN RAYA.

NAMA:LEMINDA ANAK LASA.
:HELDA ANAK JIMBAT.

M/P :PENGAJIAN AM(KREATIF).

G/M :CIKGU RASERI.

SUMBER:INTERNET,MAJALAH DAN
BUKU RUJUKAN.

DEFINISI:KECELAKAAN JALAN RAYA

Kecelakaaan jalan raya merujuk kepada sesuatu kejadian kecelakaaan di jalan raya yang meragut nyawa seseorang.Kecelakaan jalan raya terjadi apabila sebuah kereta mahupun jenis kenderaan lain yang berlanggar antara satu yang lain atau melanggar papan tanda yang terdapat di jalan raya.

Saban hari jika kita mengikuti siaran berita,sama ada
Melalui televisyen ataupun surat khabar,kita disogokan dengan berita kematian akibat kemalangan jalan raya.

Dalam masa setahun,angka kematian akibat kecelakaan jalan raya adalah tinggi,iaitu melebihi 2000
Kematian dan kebanyakan mangsa ialah penunggang motosikal.


PUNCA-PUNCA:KECELAKAAN JALAN RAYA.
Antara punca-punca kecelakaan jalan raya:

Memang tidak dinafikan kecelakaan jalan raya disebabkan beberapa factor dan pelbagai aspek contohnya:


1.Sikap pengguna jalan raya
→kemalangan jalan raya kebanyakannya disebabkan oleh kecuaian
Perasaan jalan raya.Terdapat Penhhuna jalan raya yang cuai,ada
Yang tidak berwaspada dan ada yang cukup egolistik yang
Seterusnya mengundang kepada kecelakaan jalan raya.
→Selain itu,terdapat juga pengguna yang mengangap jalan raya
Sebagai litar lumba kereta.golongan ini langsung tidak
Menghiraukan keselamatan diri dan orang lain.
→Sesetengah pemandu yang tidak sabar di jalan raya dan memandu
Melebihi had laju semasa di selekoh tajam ataupun di jalan raya
Yang berbukit-bukit.
→tdpat golongan yang langsung tidak menghiraukan peraturan
Jalan raya.
→ada yang cuba menyogok polis yang menahan mereka.
→memandu tanpa lessen.


2.Keadaan jalan raya yang tidak memuaskan
→banyak jalan negeri yang telah dibina begitu lama tidak diselengara
Dengan baik hingga menyebabkan jalan tersebut berlubang.
→keadaan menjadi teruk pada hari hujan apabila lubang-lubang
itu dipenuhi air dan sukar dikesan membahayakan penunggang
motosikal.
→selain ituterdapat kerja membaiki jalan sedang dijalankan namun,
Tiada papan tanda amarandan petunjuk yang jelas dan
Sebagainya.keadaan ini mudah mengakibatkan kemalangan jalan
Raya terutamanya pada waktu malam.
→terdapat juga jalan yang sempit,berselekoh tajam dan bengkang-
Bengkok serta berbelok-belok,khususnya jika jalan itu dibina
Menyusuri bukit-bukit.


3. Keadaan Kenderaan
→sekiranya brek,lampu,tayar dan enjin kereta ada masalah,keadaan
Ini memudahkan kemalangan di jalan raya berlaku terutama ketika
Kereta dipandu laju.contohnya,tayar tidak ada angin,dan tayar
Tidak ada bunga atau licin.

4. Terdapat golongan yang mensabotaj pengguna jalan raya
→ada penjenayah menaburkan paku atau meletakan batang kayu
Dan besi tayar kereta rosak,seterusnya menuntut wang.
→terdapat juga kanak-kanak nakal yang melontar batu kearah
Kenderaan bertujuan merosakkan kereta yang lalu.
→sekiranya cermin hadapan pecah ,ini akan menganggu pemandu
Dan menyebabkan kemalangan.hal ini amat keterlaluan dan tidak
Berbeza dengan pembunuhan.

5. Jumlah kenderaan di jalan raya semakin bertambah
→berbanding 10 atau 15 tahun yang lalu,jumlah kenderaan di
Jalan raya sekarang berkali lipat ganda banyaknya.Dalam
Keadaan seperti ini,kemungkinan bertambahnya kes kemalangan
Jalan raya memanglah besar.

LANGKAH-LANGKAH MENGATASI :KECELAKAAN JALAN RAYA

Langkah-langkah mengatasi kecelakaan jalan raya
→bagi mengelakkan kerugian dan mengurangkan kadar
Kematian ,langkah berikut perlu dititikberatkan.

1. Pihak Kerajaan
→kini banyak kempen untuk mengatasi masalah
kemalangan jalan raya diadakan namun,nampaknya
belum meninggalkan kesan yang mendalam.oleh itu,
amat wajar jika kempen itu diperhebat,dilaksanakan
lebih agresif,dan berterusan.
→selain itu,pihak kerajaan juga harus mengemaskini jalan
Raya.
→contohnya,membaiki struktur jalan raya yang rosak


2. Pihak Polis
→pihak polis,JPJ dan pihak berkuasa tempatan harus
Kerap menjalankan operasi di setiap jalan raya
Terutama di Bandar besar.
→selain itu,mengetatkan undang-undang yang sedia ada
Contohnya,penggantungan lesen atau penarikan lesen
Mereka wajar dilakukan mahupun denda berupa wang
Atau penjara.
→kompaun maksimum yang lebih tinggi lebih berkesan.


3. pengguna jalan raya
→pengguna jalan raya harus member kerjasama dengan
Mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya
Bagi mengelakkan berlakunya kecelakaan.
→selain itu,harus mengambil lesen memandu terlebih
Dahulu.
→sentiasa peka isu-isu kecelakaan jalan raya.



STATISTIK KECELAKAAN JALAN RAYA TAHUN 2006 HINGGA 2007.

Kategori 2006 Jan-Sept'06 Jan-Sept'07
Pemandu/Penumpang Kereta 1,215 920 1113
Penunggang/Pembonceng Motosikal 3,693 2,736 2,476
Pejalan Kaki 595 438 482
Penunggang/Pembonceng Basikal 242 183 141
Pemandu/Penumpang Bas 39 26 64
Pemandu/Kelindan Lori 229 174 145
Pemandu/Kelindan Van 103 73 101
Pemandu/Kelindan Pacuan 4 Roda 110 73 65
Lain-lain 61 48 59
JUMLAH 6,287 4,671 4,646

No comments:

Post a Comment