CITA SUCI
Engkau pasti akan berjaya
Jika kau gigih berusaha
Dengan matlamat tersemat
Di jiwa.
Dengan prinsip hidup terarah
Cita bukan hanya di mata
Cita hadir di dalam jiwa
Biar pun salah di mata
Mereka…
Biar perbezaan terlihat
Antara kita
*Ku harapkan kau kan terima
Walau dipandang hina
Namun hakikat cita-cita
Akan ku cuba..
Suatu hari nanti
Pastikan bercahaya
Pintu akan terbuka
Kita langkah bersama
Kiranya harapan musnah
Bagai kaca berkecai
Bukan salah mereka
Aku segala punca
Tak sanggup rasa
Menanggung derita
Kerana kemalasan
Ku jua…
Kerana cita
Yang menggunung tinggi
Pasti akan ku daki jua…
Ulang *
Catatan:Irama sama dengan lagu "suci dalam debu" (salem)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment